Penanaman dan ekologi Pokok_Nangka

Buah nangka yang dibelah

Nangka telah memainkan peranan penting dalam pertanian India berabad lamanya. Jumpaan arkheologi di India telah menunjukkan bahawa Maharaja Ashoka Agung (274–237 BC) menggalakkan penanaman arbori-horticulture bagi pelbagai pokok buah termasuk pokok nangka. Varahamihira, pakar kaji bintang India, pakar mathematik, dan astrologi, menulis satu bab mengenai rawatan pokok di tempatnya di Brhat Samhita. Treatisnya termasuk rujukan khusus mengenai cantuman yang dilakukan pada pokok seperti nangka.[6] Pokok nangka matang dalam 35–40 tahun, kayunya boleh digunakan bagi menghasilkan perabut. Selain itu kayu nangka menjadi pilihan untuk di buat alat bunyian, termasuk beduk. kompang dan sebagainya. Getah semulajadi dari pokok nangka digunakan bagi membaiki lubang kecil pada periuk. Di Kerala (India), pokok nangka menyokong batang pokok Lada Hitam yang memanjat. Dengan itu batang pokok nangka di Kerala biasanya dilitupi dengan daun hijau gelap pokok lada hitam yang dituai petani.

Gambaran saiz nangka. Daun lada hitam yang gelap juga dapat dilihat

Pokok nangka dianggap sebagai spesies ceroboh di Brazil, terutamanya di Taman Negara Hutan Tijuca di Rio de Janeiro. Sebahagian besar hutan Tijuca merupakan hutan kedua buatan, yang penanamannya bermula sejak pertengahan abad ke-19, dan pokok Nangka merupakan sebahagian tumbuhan taman tersebut sejak ia diasaskan. Masa kini, spesies ini membiak melampau, kerana disebabkan buahnya, apabila masak gugur ke tanah dan terbuka, menjadi makanan kepada mamalia kecil seperti “common marmoset” dan coati. Biji benihnya disebarkan oleh haiwan ini, yang membenarkan pokok nangka tersebar meluas berbanding spesies pokok tempatan. Tambahan lagi, marmoset dan coati juga merupakan pemangsa peluang kepada telur burung dan anak burung, pokok nangka membekalkan bekalan makanan yang membenarkan mereka semakin membiak, yang menyebabkan kesan negetif kepada populasi burung tempatan. Antara 2002 dan 2007, 55,662 anak pokok nangka telah dimusnahkan di kawasan Hutan Tijuca sebagai sebahagian usaha pengawalan sengaja oleh pengurus taman.[7]

Perdagangan

Di luar kawasan Negara asal, buah nangka segar terdapat di pasar makanan Asia terutama di Filipina. Ia juga ditanam secara meluas di bahagian persisiran Brazil, di mana ia dijual di pasar tempatan. Ia terdapat sebagai ditinkan dalam sirap gula, atau dibekukan. Cip nangka kering dihasilkan oleh banyak pengilang. Di utara Australia, terutamanya di Daerah Utara Darwin, Australia]], nangka boleh di dapati di pasar pengeluar terbuka semasa musim kering. Di luar Negara di mana ia ditanam, nangka boleh didapati sepanjang tahun samaada ditinkan atau dikeringkan. Musim matangnya di Asia adalah pada akhir musim bunga hingga akhir musim panas.[8]

Buah Nangka

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut".[9] Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa.

Rujukan

WikiPedia: Pokok_Nangka http://books.google.com.au/books?id=PXXsAAAAIAAJ&q... http://www.proscitech.com.au/trop/j.htm http://www.seagri.ba.gov.br/jaca.htm http://www.jbrj.gov.br/enbt/posgraduacao/resumos/2... http://www.nutrition-and-you.com/jack_fruit.html http://thaifoodcast.com/asian-ingredients/fruits-a... http://waynesword.palomar.edu/jackfr1.htm#jackfrui... http://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/jackfrui... http://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/jackfrui... http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/taxon.pl...